Friday 28 December 2012

3 bekas pelajar terselamat bom atom dianugerah doktor kehormat


Cikgu Hj Abd Razak bin Abdul Hamid

TOKYO: Universiti Hiroshima semalam berkata, ia akan menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada tiga bekas pelajarnya dari Asia Tenggara yang terselamat daripada letupan bom atom di bandar raya Jepun itu.

Ijazah itu akan diberikan kepada bekas Perdana Menteri Brunei, Pengiran Yusuf Pengiran Abu Bakar, 91; bekas ahli Parlimen Indonesia, Hasan Rahaya, 91, dan Abdul Razak Abdul Hamid, 87, yang mengajar bahasa Jepun di Malaysia. 

Ketiga-tiganya adalah antara sekumpulan pelajar dari Asia Tenggara yang dijajah Jepun ketika Perang Dunia Kedua di bawah program yang direka untuk menyediakan golongan muda warga asing dengan pendidikan proJepun. 

Menurut universiti itu, mereka terpaksa menghentikan pengajian selepas bandar raya di barat Jepun itu dimusnahkan bom atom yang digugurkan tentera Amerika Syarikat, membunuh kira-kira 140,000 orang.

Mereka antara sembilan pelajar asing di universiti itu yang terdedah kepada radiasi bom itu, kata pegawai universiti terbabit sambil menambah dua daripada mereka mati serta-merta. 

Universiti itu merancang menghantar pegawai ke tiga negara berkenaan awal tahun depan bagi menganugerahkan ijazah itu.

No comments:

Post a Comment