Tuesday, 25 December 2012

27 orang maut pesawat tentera Kazakhstan terhempas


ANGGOTA keselamatan melihat bangkai pesawat jenis Antonov 
An-72 milik tentera Kazakhstan selepas pesawat berkenaan terhempas 
di selatan negara itu, malam tadi. - Foto AFP
Dec 26, 2012 9:41 am.

KAZAKHSTAN: Seramai 27 orang maut termasuk komander pengawal sempadan apabila sebuah kapal terbang tentera terhempas di selatan negara itu, malam tadi, lapor media tempatan dan khidmat keselamatan KNB.

Pesawat jenis Antonov An-72 itu hilang dari radar pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan ketika ia mendarat berdekatan bandar Shykent, ibu negeri wilayah selatan negara berkenaan. 
Siaran televisyen Channel 7 negara itu menyiarkan gambar bangkai pesawat di tempat kejadian. 


Pesawat itu dalam penerbangan ke Shymkent selepas berlepas dari Astana. - Reuters

No comments:

Post a Comment