Google+ Followers

Tuesday, 4 December 2012

Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran


Daripada ‘Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW, “Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu) kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”. 

Huraian Hadith: 
  1. Jiran yang lebih diutamakan ialah jiran yang paling dekat dengan rumah.
  2. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi atau menghadiahkan sesuatu kepada jiran tetangga demi untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan silaturrahim.
  3. Islam menggalakkan berbaik-baik dengan jiran tetangga.

Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin