Monday 4 March 2013

'TENTERA' PENCEROBOH LOLOS


40 penceroboh lolos kepungan ketat di Kampung Tanduo


LAHAD DATU 4 Mac - Sekumpulan 40 penceroboh Sulu dikesan berjaya melepasi kawalan ketat pihak keselamatan di Kampung Tanduo, di sini malam tadi dan kini berkubu di Kampung Tanjung Batu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi mereka dikepung.


Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai lelaki bernama komander Musa, seorang warga Sulu dipercayai mendapat taraf penduduk tetap yang berjaya meloloskan diri masih menimbulkan tanda-tanya kerana tiada sebarang kesan penyusupan keluar ditinggalkan mereka.


Kehadiran komander Musa yang dianggap panglima kepada ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie hanya diketahui selepas penduduk Kampung Tanjung Batu membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi selepas mereka menceroboh dua buah rumah warga tempatan.


Dipercayai sebaik sahaja menceroboh dua rumah penduduk itu, beberapa pengikut komander Musa bersenjatakan raifal M16, AK-47, pistol dan barong (parang) kemudian bertindak menawan anak imam Kampung Tanjung Batu tetapi kemudian dilepaskan tanpa syarat.


No comments:

Post a Comment