Monday 4 March 2013

SERANGAN BESAR-BESARAN 7 PAGI INI


Serangan ofensif di Kampung Tanduo, Lahad Datu 7 pagi ini

Photo: Perjuangan Tetap Diteruskan....Doa terus di panjatkan...semoga semua pejuang dilindungi ALLAH SWT...Amin

KUALA LUMPUR 5 Mac - Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.


Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.

Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Photo: Berita Terkini Dari Lahad Datu

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna adalah terkawal.

Beliau turut menafikan khabar angin mengenai huru-hara berlaku di Kunak, Sandakan dan Semporna.  Sehingga kini keadaan keselamatan masih terkawal dan tiada keadaan huru-hara seperti digembar-gemburkan dalam media sosial.

Ucapkan selamat tinggal kepada penerbangan belasan jam, pemeriksaan kastam ataupun pemilikan pasport antarabangsa.

Namun penduduk pekan ini hanya perlu membayar kos 'pakej' serendah RM5 dengan menaiki bas mini untuk sampai ke sana.

Jangan salah sangka. Paris yang dimaksudkan bukanlah kota fesyen yang terletak 11,500 kilometer (km) jauh, tetapi sebenarnya adalah Kampung Paris yang terletak 70 km dari Lahad Datu.

Lahad Datu bukanlah sebuah pekan besar, tetapi mempunyai peranan besar ke atas pembangunan negeri Sabah terutama dari segi ekonomi dan pelancongan.

Di kelilingi industri kelapa sawit, ladang-ladang yang diusahakan secara persendirian mahupun oleh gergasi korporat terbentang luas sejauh mata memandang, sedia untuk memenuhi permintaan minyak sawit untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Aktiviti ekonomi lain berasaskan penanaman yang dijalankan di sini termasuklah perusahaan kelapa kering (kopra) bagi menghasilkan minyak goreng, getah serta koko yang menjadi punca rezeki masyarakat tempatan.

Kedudukannya yang terletak di tepi laut, turut menggalakkan aktiviti perikanan. Selain ikan, perairan di sini kaya dengan udang harimau, udang kertas, ketam bakau dan rumpai laut.

Menurut laman web pejabat daerah, kaum yang tinggal di sini terdiri daripada suku kaum Kadazan-Dusun, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Suluk, Bajau, Cina, Kokos, Iranun, Bugis, Timor, Tidong, Jawa, Sungai, Idahan dan Kagayan. Laman web yang sama juga menyatakan asal perkataan Lahad Datu adalah daripada bahasa kaum Bajau.

Perkataan Lahad membawa erti tempat manakala Datu membawa erti orang kenamaan pada zaman dahulu.

Tempat ini dinamakan sedemikian selepas penghijrahan golongan Datu, yang diketuai oleh Datu Puti, dari kerajaan Suluk. Ini susulan penyerahan kuasa kawasan ini kepada Sultan Suluk oleh Sultan Brunei pada 1879.

Dikatakan juga nama asalnya sebelum peristiwa ini ialah Kerugau yang bererti batu karang bertompok-tompok di sekitar pantai dari Kunak hingga ke Membatu, yang terletak di Tungku.

Lokasi pekan ini juga strategik sebagai perantara untuk industri pelancongan. Lembah Danum, Taman Hidupan Liar Tabin dan Muzium Arkeologi Batu Tulug semuanya boleh dilawati dengan menggunakan kenderaan darat.

Lembah Danum menempatkan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang kaya dengan spesis yang jarang ditemui seperti Gajah Pygmy Borneo iaitu spesis gajah terkecil di dunia, Badak Borneo Sumatera, Orang Utan, Tembedau dan pelbagai spesis bunga orkid liar.

Dengan kemewahan flora dan faunanya, tidak hairanlah kawasan ini dikenal pasti sebagai antara kawasan ekosistem paling padat di dunia.

Taman Hidupan Liar Tabin pula terkenal dengan kawah lumpur yang menjadi sumber mineral haiwan di sini.

Para pengunjung berpeluang melihat kesan tapak kaki yang masih 'segar'. Di sini juga terdapat Pusat Perlindungan Badak Sumbu Borneo Sumatera yang menempatkan tiga ekor badak sumbu dalam usaha membiakkan spesies yang semakin terancam ini.

Selesai melawat tempat-tempat berkenaan, pelancong boleh memilih untuk ke Sandakan yang terkenal dengan Pusat Perlindungan Orang Utan Sepilok atau ke Samporna yang menjadi pintu masuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Mabul.

Kedua-dua pulau ini terkenal dengan kecantikan landskap di darat dan dasar laut, turut mendapat jolokan sebagai syurga dasar laut kepada peminat aktiviti selaman skuba.

Kemampuan Lahad Datu untuk menyediakan pengalaman lengkap di darat dan laut boleh dijadikan batu loncatan ke arah hab pelancongan jika dipakej dengan betul dan menarik.

Pekan yang sedang melalui proses pembangunan yang pesat ini adalah nadi buat kehidupan masyarakat baik di Lahad Datu sendiri, mahupun di kawasan sekelilingnya seperti Silabukan, Silam dan Kinabatangan.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Wartawan Bernama yang berada di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo melaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat beliau menginap.

Photo: SEBARKAN !!
[PESANAN SALAH SEORANG PERWIRA NEGARA. ]
DOAKAN MEREKA. http://bit.ly/XlzqkO

Salam Dari Pejuang Bangsa ..

Pagi tadi dalam jam 7.41am waktu semenanjung aku menerima panggilan dari seorang sahabat.

Sahabat : Assalamualaikum ya habib ku-chik

Aku : Waalaikumussalam

Sahabat : Aku nak mintak tolong sikit bleh ? Hati aku sedikit gementar dan tak tenang.

Aku : Maksudnya ? aku tak faham.Tolong jelaskan

Sahabat : Aku bersama unit Paskau telah tiba di Lahad Datu semalam.Dan kami berkampung disini dan kami akan bergerak menggempur tentera musuh.Tapi hati aku cukup gementar.Dan aku diberi cadangan oleh seorang kawan yang pernah ketemu mu dulu untuk berdoa buat kami semua.

Aku : Masyaallah ... Tapi aku miskin

Sahabat : Doakan untuk kami ! Untuk Malaysia ! Untuk semangat,agama dan iman kami !

Aku : Letakkan tangan kamu di dada sebelah kiri serta ikut apa yang aku lafazkan.

Bismillahi rahmani rahim. Bismillah, Wa Minallah, Wa atallah, Wa birasulillah. Wala haulawala ku'wata i'labillah. Ashadu a'lailaha i'la Allah, Wa ashadu a'namuhammadun Rasulullah.

Baca ayat kursi 7x dan tiup pada tubuh. Dan baca surah al-fil. Insyaallah,setiap peluru yang keluar itu ibarat lontaran burung ababil keatas tentera bergajah.

Sahabat : Allahu akbar 7x

Pesanlah buat sekalian rakyat Malaysia. Doakan kami

" Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda "

Jangan sesekali mencemuh kami jika kalian tidak mampu berdiri sendirian di tengah-tengah padang pada malam gelap gelita. Tika hujan mencurah-curah dan petir sambar menyambar.

Doakan kami.

Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.

Photo: LAHAD DATU - OPS SULU

Sidang Media oleh YDH Ketua Polis Negara 3 Mac 2013 (Ahad), menyatakan bahawa dalam OPS SULU ini terdapat 3 kejadian iaitu yang pertama kejadian di Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana keadaan terkawal dan penceroboh berada dalam kepungan pihak keselamatan kita, PDRM dan ATM berkerjasama untuk menamatkan konflik ini. Setakat ini polis telah berjaya menangkap 3 penceroboh yang cuba melepaskan diri dari kepungan polis di Kampung Tanduo.

Kejadian kedua ialah yang berlaku di daerah Kunak di mana maklumat diterima terdapat satu pendaratan penceroboh di antara Kg. Lormalong dan Kg. Dasar Lama. Seramai 10 orang disyaki orang asing, 3 daripadanya bersenjata dan kini bersembunyi di sebuah rumah. VAT 69 telah dihantar untuk "ground assesment" dan bertindak.

Seterusnya kejadian ke 3 pula berlaku pada 2 Mac 2013 jam 1830hrs. Di mana sepasukan anggota polis telah diserang hendap oleh suspek dengan menggunakan senjatapi sewaktu mereka membuat serbuan di kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Serbuan tersebut telah dijalankan berikutan maklumat diterima dimana penjenayah ini dipercayai berada dikawasan tersebut dan mempunyai senjatapi. Dalam serbuan itu, dipercayai 5 orang pegawai/anggota polis terkorban manakala dipihak penceroboh 2 orang terkorban. Berikutan insiden ini pihak polis juga telah mengepung kawasan sekitar di mana penceroboh ini bersembunyi. Butir-butir lengkap pegawai/anggota polis yang terkorban belum dapat didedahkan buat masa ini bagi menghormati keluarga mangsa.

YDH Ketua Polis Negara memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan merasa cemas dan panik serta jangan mendengar khabar angin dan berita yang tidak berasas. Jika merasa ragu-ragu orang ramai bolehlah menghubungi pihak polis di balai berdekatan atau melayari laman website facebook PDRM Sabah.
Setakat ini tidak ada perintah berkurung diistiharkan di mana-mana daerah di Negeri Sabah. - Admin PDRM Sabah.

Najib berkata, Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Sulu" di Sabah telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

"Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan, pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.

Najib berkata, sejak pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari lepas, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

"Polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius," katanya.

Najib berkata, sebagai negara Islam yang cintakan keamanan, dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment