Saturday 2 March 2013

TEMBAK-MENEMBAK DI LAHAD DATU ANGKARA PENCEROBOH


Filipina mahu pengikut Sultan Sulu elak pertumpahan darah

KPN sahkan tembak-menembak di Semporna berkait pencerobohan di Lahad Datu.


KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ.

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

"Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

Sementara itu di LAHAD DATU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, dua anggota polis cedera dalam kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment