Saturday 2 March 2013

APMM pertingkat kawalan di perairan Lahad Datu




KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempertingkat kawalan di perairan Lahad Datu, Sabah dengan kerjasama agensi keselamatan negara termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menghadapi perkembangan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina.
Ketua pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, tiga kapal maritim dan enam bot kini berkawal di perairan.
"Di Lahad Datu, (sebelum ini) kita mempunyai tiga buah kapal yang beroperasi pada setiap masa, iaitu dua akan berada di laut, manakala sebuah lagi untuk siap siaga.
"Namun bagi kes pencerobohan yang berlaku kita telah mengarahkan enam bot APMM yang berpangkalan di Sandakan, Sabah bagi meningkatkan kawalan di perairan itu,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis perasmian Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia, yang kini dikenali sebagai Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di Gebeng, di sini, hari ini.
Beliau berkata, di kawasan Lahad Datu sahaja, panjang pesisir pantai di kawasan berkenaan lebih 100km dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam mengawal perairan itu, malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu, jarak sempadan perairan dengan Filipina hanyalah “10 minit” menerusi perjalanan bot. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment