Friday 8 March 2013

SEORANG LAGI PENGGANAS DITEMBAK MATI: KPN


LAHAD DATU: Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati di Kampung Tanjung Batu, dekat sini pada jam 8 pagi tadi. 

Photo: Tiada gerombolan baru masuk Sabah

LAHAD DATU 8 Mac - Polis menafikan dakwaan kononnya berlaku kemasukan pengganas dari Sulu di Kota Kinabalu dan Tawau untuk mencetuskan suasana huru-hara baharu di negeri ini semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan berkenaan bukan sahaja tidak benar sama sekali malah pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

"Jadi jika sesiapa sahaja menerima khidmat pesanan ringkas ataupun berita mengenai perkara ini diminta jangan panik dan menyebarkannya tetapi hubungi polis untuk mendapatkan pengesahan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, lelaki terbabit dibunuh ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan ketika mencuba melarikan diri daripada operasi mencari dan menggeledah. 
Ia menjadikan keseluruhan pengganas Sulu dibunuh sejak 1 Mac lalu adalah 53 orang. 
Beliau berkata demikian di FELDA Sahabat 16 dekat sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment