Friday 8 March 2013

79 TALI BARU PENGGANAS DITAHAN:KPN



LAHAD DATU – Sebanyak 79 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan berbanding 50 semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.

Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
“Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.
Foto

No comments:

Post a Comment