Google+ Followers

Tuesday, 5 March 2013

KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo


KRISIS DI LAHAD DATU: PERKEMBANGAN HARI INI
KRISIS DI LAHAD DATU: PERKEMBANGAN HARI INI
KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo
Anggota tentera menaiki kereta perisai condor keluar dari Kampung Tanduo selepas melaksanakan misi menggempur penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di sini.- Foto Bernama
KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo
Helikopter Nuri berlepas dari Kolej Integrasi Ilmu, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata. - Foto Bernama
KPN: Polis percaya masih ada musuh bersembunyi di Kampung Tanduo
Seorang penduduk tempatan bertanyakan sesuatu kepada anggota polis yang bertugas di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
  
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
  
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
  
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
  
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.  - Bernama