Tuesday 5 March 2013

Batalion PGA Sarawak bergerak ke Lahad Datu



Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
KUCHING - Satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dibentuk daripada tiga batalion PGA di Sarawak telah mula bergerak ke Lahad Datu, Sabah, hari ini sebagai pasukan tambahan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
  
Katanya pasukan itu terdiri daripada pegawai dan anggota dari Batalion ke-11 PGA yang berpangkalan di sini, Batalion ke-10 di Sibu dan Batalion ke-12 di Miri.
  
"Misi mereka akan bermula hari ini dan kita tidak menetapkan berapa lama mereka akan berada di sana," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ringkas penghantaran anggota batalion itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini hari ini.
  
Dalam ucapan beliau kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam misi itu, Acryl Sani meminta mereka menggunakan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka perolehi selama ini bagi memastikan misi mereka berjaya semasa di Lahad Datu.
  
Yakin batalion itu akan terus menjulang semangat PGA yang kental dan tidak mudah berundur, beliau turut mendoakan mereka selamat pergi dan kembali. - Bernama

No comments:

Post a Comment