Tuesday 5 March 2013

HUGO CHAVES MENINGGAL DUNIA


KOMBINASI gambar menunjukkan Presiden Venezuela, Hugo Chavez melalui peringkat berbeza ketika bergelut dengan kanser. Hugo Chavez, 58, meninggal dunia di Caracas hari ini selepas menderita selama dua tahun dengan penyakit itu. - Foto AFP


CARACAS 6 Mac - Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia semalam selepas dua tahun bertarung dengan kanser, sekali gus menamatkan pemerintahannya yang penuh kontroversi selama 14 tahun.

Pemimpin sosialis berusia 58 tahun itu menjalani empat pembedahan di Cuba bagi merawat kanser yang mula dikesan di bahagian pelvis pada pertengahan 2011.

Beliau tidak muncul di khalayak sejak 11 Disember lalu selepas menjalani pembedahan keempat yang menyebabkan berlaku komplikasi dan jangkitan paru-paru.

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro ketika memberi ucapan yang disiarkan secara langsung dalam siaran televisyen semalam menggambarkan detik ini sebagai paling menyedihkan bagi rakyat Venezuela. - REUTERS

No comments:

Post a Comment