Google+ Followers

Tuesday, 5 March 2013

30 lagi pengganas Sulu maut


ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, pagi tadi. - Foto BERNAMA
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar 
menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA

LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

HAwk canggih ini, di gunakan untuk memulakan serangan.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.