Wednesday 9 January 2013

Dari Nigeria rupa-rupanya


KUALA LUMPUR: Angau cinta dengan lelaki Mat Salih, seorang wanita berusia 48 tahun sanggup menyerahkan lebih RM100,000 kepada kekasihnya yang didakwa berada di Sweden sejak bulan lalu.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Lee Ann berasal dari Desa Petaling, di sini berkata, dia berkenalan dengan lelaki berkenaan yang mendakwa berasal dari Amerika Syarikat melalui laman sosial di Internet sejak pertengahan bulan lalu sebelum menjalinkan hubungan cinta. 
Menurutnya, laman sosial itu menjadi pilihan kebanyakan wanita berusia lewat dan belum berkahwin untuk mencari pasangan hidup manakala kekasihnya itu yang juga berusia 40-an berjanji berkahwin dengannya selepas mendapat untung hasil perniagaan emas dan berlian kononnya dengan kerajaan Kanada.

Katanya, bagi memastikan mereka menjalani kehidupan mewah selepas berkahwin, kekasihnya mengajaknya menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.
“Pada mulanya, saya teragak-agak, tetapi disebabkan bakal suami saya, wang berjumlah RM10,000 dimasukkan ke dalam akaun diberikan. “Tiga hari kemudian, dia menghubungi saya dan meminta dimasukkan RM28,000 lagi. “Selang dua hari kemudian, dia minta pula RM26,000 untuk tujuan sama hingga keseluruhannya saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sehingga lebih RM100,000,” katanya.

Menurutnya, pada 14 Mac lalu, suspek menghubunginya dari Sweden dan berjanji datang ke Malaysia untuk menemuinya.

“Namun, saya sangsi selepas mendengar loghat percakapannya kerana itu pertama kami berbual di telefon. Apabila menghubungi semula, saya terkejut apabila diberitahu nombor telefonnya itu didaftarkan di Nigeria dan bukannya Sweden.
“Ketika itu, baru saya sedar sudah tertipu dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Petaling,” katanya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment