Saturday 2 March 2013

Tiga penceroboh ditahan, 10 dikesan di Kunak


LAHAD DATU 3 Mac - Polis berjaya menahan tiga ahli kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo yang cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa di sini malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ketiga-tiga lelaki yang tentera Diraja Kesultanan Sulu dan bersenjatakan parang itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, menurut beliau, seramai 10 individu berpakaian celoreng yang dipercayai ada kaitan dengan tentera penceroboh terbabit dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis percaya tiga daripada mereka mempunyai senjata," katanya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment