Google+ Followers

Sunday, 3 March 2013

"TENTERA SULTAN SULU" MAHIR TEKTIKAL PERANG GERILA


Penceroboh mempunyai pengalaman perang, mahir teknik gerila: Risikan tentera.


LAHAD DATU: Risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila. 


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. 
"Kita mempunyai rancangan dan sudah mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera. "Tetapi ia perlu mengambil masa. Kita harus mempunyai perancangan menyeluruh bersama polis bagi menyelesaikan perkara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. 


Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.