Saturday, 2 March 2013

Serah diri tanpa syarat: Presiden Aquino


MANILA: Presiden Filipina Banigno S Aquino III menggesa pengikut Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah supaya menyerah diri tanpa bersyarat bagi mengelakan lebih banyak nyawa terkorban.
Agensi berita China Xinhua melaporkan, rayuan Aquino itu dikeluarkan selepas bertemu anggota Kabinet dan pegawai keselamatannya di Istana Malacanang. 
"Jika anda tidak puas hati, jalan yang anda pilih ini salah. Satu-satunya jalan yang terbaik adalah menyerah diri. 

"Kepada pihak yang ada pengaruh dan boleh menyampaikan mesej kepada mereka di Lahad Datu, beritahu saya minta mereka menyerah tanpa bersyarat," katanya.

Aquino berkata, sejak mula lagi objektif pentadbirannya adalah mengelakkan kehilangan nyawa dan pertumpahan darah.

"Bagaimanapun, anda tidak bersama dalam objektif kami ini. Jalan yang anda pilih ini adalah jalan yang kami usaha untuk elakkan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment