Friday 8 March 2013

PENDEDAHAN PEMANGKU GAVENOR MINDANAO


Pemangku Gabenor Mindanao buat pendedahan.


MANILA 8 Mac - Pemangku Gabenor wilayah autonomi Mindanao, Mujiv Hataman, hari ini mendedahkan bahawa pengikut Jamalul Kiram pada mulanya hanya mahu berjumpa pihak berkuasa Malaysia bagi membincangkan tentang jumlah bayaran penyerahan Sabah 'yang tidak munasabah' oleh Kuala Lumpur kepada keluarga itu.

''Kami berjumpa dengan jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani dan anaknya, Jacel Kiram, baru-baru ini.

''Dan bila tiba masa anaknya bercakap, beliau mendakwa mereka tidak mempunyai rancangan untuk menuntut Sabah.

Princess Jacel H. Kiram
Princess Jacel Kiram

''Kata Jacel, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Malaysia berjumpa dengan mereka bagi membincangkan Sabah dan hak-hak yang bersesuaian.


Idjirani 

''Katanya, adalah tidak munasabah mereka hanya menerima bayaran 70,000 peso (RM5,300) untuk Sabah, sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk menyewa sebuah apartmen,'' kata Hataman.

Pertemuan antara Hataman dan keluarga Kiram dan Idjirani  itu berlangsung di Taguig City pada 18 Februari lalu dan satu lagi pertemuan berlangsung pada 26 Februari lalu.

Hataman berkata, beliau turut mengadakan pertemuan lain dengan seorang lagi Sultan Sulu, Ismael Kiram II di Zamboanga, semalam.


Pada pertemuan itu, Ismail berkata, adiknya, Azzumudie Kiram sedang memikirkan cara bagi mengelak pertumpahan darah di Sabah dan pada hari yang sama, pihak berkuasa Malaysia berkata mereka telah membunuh sebanyak 31 pengganas di Lahad Datu.

Buat masa ini, Hataman berkata, beliau tidak menyedari akan usaha lain yang dilakukan pengikut Kiram. - AGENSI

No comments:

Post a Comment