Google+ Followers

Thursday, 7 March 2013

Mati tertelan gigi palsu

Georgetown: Seorang kontraktor mati akibat tertelan gigi palsu ketika tidur di rumahnya di Farlim, Air Itam di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur sebelum terbatuk sehingga menyebabkan dia tertelan gigi palsunya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat giginya tersangkut di tekak. 


Menurut sumber polis, kejadian itu disedari isterinya, Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan. 


Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya sedang menonton televisyen sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu. 


Credit: BERNAMA