Google+ Followers

Friday, 8 March 2013

Mahkota Muslimah


PADA hari ini, kita dapati banyak golongan yang mengeksploitasi pakaian dan perhiasan wanita Islam. Terdapat juga pihak yang cuba memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam yang syumul.

Lebih malang lagi, fesyen atau rekaan pakaian itu berbentuk moden lalu menjurus ke arah pembukaan aurat yang melanggar syariat.

Namun Islam sebenarnya tidak menghalang perkembangan fesyen tetapi biarlah mengikut garis panduan syariat.

Antara faktor kes-kes rogol dan pencabulan terhadap wanita adalah berpunca daripada pakaian dan perhiasan yang melampau.

Wanita Islam perlu menjadi contoh kepada agama lain bahawa pakaian mereka melambangkan ajaran Islam mengajak untuk berlaku sopan, di samping menjaga kesucian dan paling utama mendekatkan diri dengan Allah.

Bagi memperjelaskan kekeliruan berhubung persoalan aurat wanita, sebuah buku berjudul Aurat Mahkota Wanita terbitan Must Read Sdn. Bhd. sebagai garis panduan kepada wanita Islam. Sebanyak tujuh bab mengupas antaranya pengertian pakaian menurut Islam, syarat-syarat memakai hijab, aurat ketika bergaul dan lain-lain.

Penulis Haliza Aris dan Rusydi Ramli membawa kupasan berkenaan dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah selain hujah-hujah ulama tersohor.

Bahkan kedua-dua penulis turut menyelitkan cara pemakaian termasuk menjelaskan tudung yang larang dipakai iaitu terlalu nipis sehingga menampakkan cuping telinga, tidak menutupi keseluruhan rambut dan lain-lain lagi.

Ilustrasi gambar yang dipaparkan memudahkan pembaca mengetahui cara pemakaian sempurna serta patuh syarak.

Tidak rugi jika memiliki Aurat Mahkota Wanita sebagai garis panduan memperoleh manfaat dunia dan akhirat.