Monday 4 March 2013

LELAKI SULU BUNUH DAN BAKAR DIRANG


Penemuan diperoleh menerusi spesimen putik kapas

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, DNA milik tertuduh ditemui pada bahagian kemaluan dan dubur mayat Nurul Nadirah Abdullah, 5 atau Dirang, yang menjadi mangsa bunuh dan bakar. 


Pegawai Sains Jabatan Kimia Johor, Adrieanna Reeza Alwi, berkata penemuan itu diperoleh menerusi spesimen putik kapas yang diambil daripada kemaluan dan dubur mangsa. 
Bagaimanapun, katanya, analisis DNA yang dijalankan tidak dapat memastikan sama ada mangsa dirogol dan diliwat oleh tertuduh. 


“Profil DNA berkenaan ditemui pada dua putik kapas yang ditandakan sebagai E31 dan E32 yang diambil daripada mangsa. Analisis DNA yang dilakukan itu juga mendapati sel yang diperoleh bukan air mani sebaliknya berkemungkinan dari sel kulit, air liur atau peluh milik tertuduh. 

“Antara kemungkinan DNA terbabit boleh berada dalam kemaluan seseorang adalah disebabkan berlaku penitrasi daripada objek tumpul sama ada ia membabitkan ejakulasi atau tidak. Selain itu, ia juga boleh berlaku menerusi cara sentuhan," katanya. 

Tertuduh; Muidin Maidin
Beliau berkata berkata demikian ketika memberi keterangan perbicaraan kes bunuh buruh, Muidin Maidin, 26, di depan Hakim Datuk Abdul Halim Aman. 

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh Dirang, 5, di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, di sini, antara jam 11.30 pagi, 1 Mac 2012 dan 12 pagi, 2 Mac 2012. 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori. 




Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar, Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar dan Chuah Shyne Chien, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Daud Ismail dan Mohamad Abd Kadir. 

Adrieanna berkata, hasil analisis tulang juga menemui DNA perempuan yang dominan dan sepadan dengan mangsa yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Roselyn Alan yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan. 

“Daripada analisis keseluruhan DNA juga, pihak Jabatan Kimia Johor turut mengenal pasti penyumbang lelaki (minor) iaitu Muidin yang tidak boleh dikecualikan daripada menjadi penyumbang kepada DNA campuran. 

“Malah, ketepatan ujian analisis DNA yang dijalankan adalah 99.99 peratus. 
Berdasarkan ujian itu juga mendapati DNA tertuduh mempunyai tujuh daripada 15 lokus genetik yang diuji pada bahagian kemaluan manakala ujian pada dubur mangsa mendapati memiliki 12, " katanya. 
Menjawab pertanyaan Mohd Daud, katanya, pihaknya tidak melakukan ujian terhadap sel kulit, air liur dan peluh kerana ia bukan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Kimia Malaysia, selain sampel sel mati juga tidak mencukupi bagi membolehkan ujian lain dibuat. 

“Selain itu, ujian DNA ini adalah ujian yang biasa dilakukan Jabatan Kimia Malaysia terutama dalam membabit kes serangan seksual," katanya. 


Perbicaraan bersambung pada 20 Mac ini.

No comments:

Post a Comment