Google+ Followers

Sunday, 3 March 2013

Identiti anggota PDRM yang terkorban sudah dikenalpasti


LAHAD DATU: Polis sudah mengenal pasti enam anggotanya yang terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan penjenayah di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu. 

Mereka adalah: 

1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan Ibrahim Lebar.

2. Ketua cawangan khas daerah Semporna, Asisten Superitendan Michael Padel 

3. Pegawai cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Baharin Hamit 

4. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Sarjan Aziz Sarikun 

5. Anggota cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Koperal Salam Tongiran 


6. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran. 


Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan ia sudah dimasukkan ke Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Hamza berkata, jenazah semua anggota polis yang terkorban itu akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing dari Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 1 tengah hari ini.