Wednesday 16 January 2013

Sekolah band rendah dilonjak


KOTA KINABALU 16 Jan. - Kementerian Pelajaran menyasarkan 50 peratus daripada 1,847 sekolah yang berada pada band lima, enam dan tujuh dilonjakkan kepada sekurang-kurangnya band empat pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sasaran yang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai program yang dilaksanakan pihak kementerian.

"Kita telah wujudkan Program Penambahbaikan Sekolah (SIP) yang mana guru-guru cemerlang dihantar bagi mewujudkan penanda aras dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan di sekolah tersebut, seterusnya
membangunkannya supaya cemerlang.

"Selain itu, kita terus memberi tumpuan kepada gred purata sekolah, sebab itu, kalau boleh sekolah-sekolah ini kita lonjakkan kepada band empat sebelum bergerak ke band tiga, dua dan seterusnya," katanya.

Credit: 
Abdul Rashid Abdul Rahman

No comments:

Post a Comment