Sunday 13 January 2013

Pengajaran daripada kesilapan


DIKELILINGI remaja-remaja wanita yang dihukum 'salah' kerana tersilap langkah, sehingga ada yang mengandung tanpa sempat bernikah, benar-benar satu pengajaran yang penuh hikmah daripada Allah SWT.

Mereka ini adalah antara 126 remaja wanita yang merupakan pelatih atau penghuni dari pelbagai pusat perlindungan wanita di sekitar Selangor yang ditemui pada sambutan Hari Inovasi Pelatih Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini.

Namun kini mereka bagai bunga-bunga mawar yang kembali mekar dengan menampilkan pelbagai bakat dan kemahiran diri dengan menyertai pelbagai pertandingan.

Ini termasuklah pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran, Deklamasi Sajak, Kuiz Agama, Bercerita Kisah Nabi sehinggalah pertandingan ala-ala Master Chef, jahitan serta gubahan.

Suatu hari yang sangat meriah dengan bakat yang terserlah, dari pagi sehingga ke petang walaupun ada yang memilih untuk menyembunyikan wajah di sebalik tabir purdah dengan hanya menampakkan sepasang mata yang indah.

Remaja-remaja ini mewakili enam buah rumah pemulihan dan perlindungan wanita di bawah asnaf al-riqab MAIS, iaitu Kompleks Dar Assaadah Kuala Lumpur, Raudhatus Sakinah di Sungai Buloh, Selangor, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) di Hulu Langat, Selangor, Baitul Islah di Bukit Beruntung, Selangor, Darul Wardah di Jalan Kebun, Kelang, Selangor serta Darul Islah Lil Banat di Kapar, Kelang, Selangor selain daripada tuan rumah sendiri, iaitu Baitul Ehsan, Sabak Bernam Selangor.

Pada majlis tersebut juga Mega, sempat wawancara eksklusif beberapa pelatih, menyelami hati mereka selain perkongsian pengalaman lampau untuk dijadikan iktibar kepada pembaca lain.

Credit: 
 SITI AINIZA KAMSARI

No comments:

Post a Comment