Sunday 13 January 2013

Penantian lebih 40 tahun berakhir


Sebahagian murid bergambar kenangan bersama Ayub Rahmat (belakang, tengah) di bangunan baru Sekolah Agama Pogoh, Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 12 Jan. - Bangunan baru Sekolah Agama Pogoh bernilai RM1.7 juta yang mula digunakan oleh kira-kira 250 murid dari 10 kampung di mukim Pogoh bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan mereka, tetapi juga menamatkan penantian lebih 40 tahun penduduk setempat untuk mendapat bangunan sekolah sendiri.

Bangunan yang mempunyai enam bilik darjah serta kemudahan lain seperti bilik guru dan kantin itu mula dibina pada 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun lalu, merupakan bangunan sekolah agama kedua yang mula digunakan dalam daerah Segamat selain di Bukit Kledang, Jementah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, penduduk setempat telah membuat permohonan untuk memiliki bangunan sendiri sejak 1969 dan kesabaran mereka berbaloi apabila mendapat bangunan yang serba lengkap dan moden.

No comments:

Post a Comment