Sunday 13 January 2013

Kes rogol baru di India


pix_gal0
Amritsar: Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit memperkosa seorang wanita dalam kes rogol terbaru India. 

Mangsa menaiki bas untuk ke rumah mentua di Punjab apabila dia diculik pada Jumaat lalu dan dibawa ke Amritsar, kata pegawai polis, Raj Jeet Singh.
Penculik membawa mangsa ke sebuah lokasi tidak diketahui dan memperkosa secara bergilir-gilir sebelum melepaskannya dekat kampung mentuanya pagi kelmarin, kata Raj. 


“Enam orang ditahan atas tuduhan merogol wanita berusia 29 tahun selepas menculiknya. Mereka bertindak ganas merogol mangsa,” katanya lagi. Seorang lagi suspek sedang diburu polis. 
Credit: BH/AFP

No comments:

Post a Comment