Sunday, 31 March 2013

Muhammad Ridzwan serah diri



Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan kes Lahad Datu.


KUALA LUMPUR 1 April - Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman (duduk paling kiri disebelah PM) hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas. - 


Credit: BERNAMA

PENCEROBOHAN LAHAD DATU..DATUK SERI DIBURU


Individu dikenali Datuk Seri Ridzwan Sulaiman dikehendaki bantu siasatan pencerobohan Lahad Datu


LAHAD DATU: Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini. 

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

PENDUDUK 3 KAMPUNG PULANG


Penduduk tiga kampung di Lahad Datu mula dipindahkan




LAHAD DATU 31 Mac - Pemindahan penduduk kampung di beberapa kawasan pertempuan di sini sebelum ini berlangsung dengan baik.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, proses pemindahan itu melibatkan 101 keluarga dari Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu (25 keluarga) dan Kampung Sungai Merah (54 keluarga).

"Pemindahan orang kampung sedang dijalankan dan ia melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Katanya, kawasan operasi membersih masih berlangsung di Kampung Sungai Bilis, Kampung Lok Sembuang dan Kampung Lok Buani.

Credit: Hisyamuddin Ayub

Saturday, 30 March 2013

MARI BERBUAT KEBAIKAN


Guna akal, ilmu ke arah kebaikan


Sesungguhnya terdapat banyak keistimewaan manusia berbanding makhluk lain. Keistimewaan yang paling utama ialah pengiktirafan oleh Allah SWT bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan-Nya. 

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin, ayat 4).


Manusia dimuliakan oleh Allah SWT berbanding haiwan kerana selain nafsu, manusia juga dibekalkan dengan akal fikiran. Dengan akal, manusia dapat mengetahui tanggungjawab dan siapa penciptanya. 

Sayangnya ada manusia yang tidak menggunakan akal, sebaliknya mereka menuruti kehendak nafsunya. Nafsu yang tidak dikawal akan mendorong manusia melakukan dosa dan maksiat, malah mereka tidak dapat membezakan antara perbuatan betul dengan yang salah.

Ini menjadikan manusia tidak berbeza daripada binatang yang turut dikurniakan nafsu, tetapi tidak berakal.

Tahap intelek tinggi

Antara keistimewaan lain, manusia mampu memiliki ilmu dan tahap intelek yang tinggi. Ini diceritakan dalam al-Quran melalui firman-Nya: “Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam daripada segala nama benda-benda dan gunanya. Kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 31).

 
Melalui ilmu yang telah dianugerahkan Allah SWT, manusia berupaya mengenal Tuhannya dan mampu membuat penilaian serta renungan terhadap kejadian alam. Kerana ilmu juga manusia dimuliakan. 

Ini terbukti apabila orang yang berilmu sering mendapat sanjungan sedangkan orang yang tidak berilmu dipandang hina di dunia dan akhirat. Cuma apa yang dituntut ke atas orang yang berilmu ialah menggunakan ilmu itu ke arah kebaikan. Jika sebaliknya maka orang yang berilmu akan mendapat celaan dan laknat daripada Allah SWT.

Manfaat sumber asli

Akhir sekali manusia diberi kelebihan dengan berupaya memanfaatkan segala sumber alam yang diciptakan Allah. Di lautan, Allah menjadikan pelbagai jenis sumber kehidupan seperti ikan, barang perhiasan dan sebagainya. 

Di perut bumi pula, Allah sediakan sumber galian untuk manusia seperti minyak, logam dan arang batu. Apa yang penting, semua kurniaan Allah ini diamanahkan kepada manusia untuk diurus dan ditadbir dengan baik dan bijak.

Oleh itu, manusia sewajarnya berhati-hati supaya tidak melampaui batas dan tidak tergolong ke dalam golongan yang membuat kerosakan di muka bumi ini.


Creit: Safwan Idris

MINUM TEH BOLEH ELAK KANSER


Minum teh boleh  elak kanserMinum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap ketumbuhan. - Foto AGENSI
Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman

Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.


Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu.

Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.

Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.

Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.



Minuman popular 


Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Begitupun, penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.

Dalam kajian terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman mereka.

Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.

Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. - AGENSI

FAKTA NOMBOR
40,000 kes barah dikesan di Britain setiap tahu

Rasulullah larang intip keaiban, kekurangan orang lain


Berusaha elak laku dosa besar mengumpat


Banyak orang secara terang-terang melakukan perbuatan mengumpat. Perbuatan itu dianggap seperti perkara biasa yang tidak menimbulkan kesan buruk akibatnya. Sebab itu, sekarang sukar untuk mencari contoh orang yang tidak mengumpat.


Seorang Islam yang beriman tidak akan berusaha atau sengaja mencari kelemahan saudara Muslim lain. Rasulullah SAW bersabda: “Orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam daripada (bahaya ancaman) lidah dan tangannya.” (Riwayat Bukhari).

Usaha dan niat menjauhkan sikap mengumpat perlu ditanam dalam diri. Kesedaran itu diharapkan dapat menghalang perbuatan mengumpat berlaku dengan sewenang-wenang atau dianggap satu kebanggaan melakukannya. 

Sifat manusia jadi bahan lawak

Satu kategori mengumpat yang banyak tidak disedari ialah berkaitan bahan lawak. Gurauan menggunakan perkataan atau perbuatan yang melambangkan keburukan seseorang juga dikira mengumpat.

Rasulullah SAW pernah menegur Aisyah kerana berkata, “Alangkah pendeknya perempuan itu” kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa baginda. Kata-kata sedemikian turut dianggap mengumpat kerana menyebut satu kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilnya. 
Masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang sebagai panggilan untuk melawak seperti gelaran botak, buncit dan hitam. Ada juga menyebut perkataan itu dengan alasan panggilan ‘mesra’.

Gelaran singgung perasaan

Memang kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu jika orang itu bersetuju atau tidak marah. Tetapi fikirkan, elokkah kita memanggil seseorang dengan gelaran melambangkan kekurangannya, walaupun dia tidak marah dengan panggilan itu?

Cuba andaikan kita dipanggil dengan gelaran itu. Tentulah kita tidak suka. Jadi, kenapa mesti berlawak dengan menyebabkan orang lain menanggung malu. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudaranya) pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim) 

Perbuatan mengumpat memang sukar untuk dihindarkan sepenuhnya. Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila bercakap. Sebenarnya, banyak orang tidak sedar perbuatannya dikira mengumpat apabila terlepas cakap atau terlalu ghairah memperkatakan sesuatu mengenai orang lain.

Malah ada mengatakan apa yang diceritakan bukan hendak mengumpat, sedangkan itu sebenarnya mengumpat. Disebabkan mengumpat sudah terlalu biasa dilakukan, maka tidak dirasakan lagi dirasakan sebagai satu perbuatan dosa. 

Hakikat inilah perlu direnungkan secara mendalam. Jangan pandang mudah perkara ini. Berusahalah mengelak dosa mengumpat seperti mana kita mengelak daripada melakukan dosa besar lain.

Perbanyakkan berzikir

Mengumpat boleh diumpamakan seperti penyakit dan setiap penyakit ada ubatnya. Ubat bagi mengumpat ialah zikir. Perbanyakkan zikir dapat menghindarkan diri daripada perbuatan mengumpat kerana hati yang bersih akan terhindar melakukan perkara buruk.

Perbuatan mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya menjadi bahan umpatan. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Riwayat Abu Daud) 

Orang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mana mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Tentulah tiada siapa yang mahu muflis di akhirat nanti. Kebaikan yang dilakukan di dunia diharapkan dapat menjadi bekalan di akhirat. Malang sekali akibat perbuatan mengumpat, amalan kebajikan itu menjadi rosak kerana pahalanya diserahkan kepada orang yang diumpat.


Credit: Lokman Ismail

“Abah dah ninggal”


Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.
Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.
Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.
Foto
KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.

Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Pengawal peribadi Datu Piah serang polis mati ditembak

LAHAD DATU – Seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah (Imam Tua) mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.

Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.

“Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.

“Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hanya Tinggal Tangga


Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.
Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.
Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.

Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.
Foto
JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.

“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.

5000 RAKYAT FILIPINA LARI TINGGALKAN SABAH


Manila: Hampir 5,000 rakyat Filipina melarikan diri dari Sabah sejak pasukan keselamatan Malaysia melancar serangan untuk mengusir pengganas Kiram yang menceroboh negeri itu.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Bencana Kebangsaan Filipina berkata, ia mendaftarkan 4,983 orang dewasa dan kanak-kanak yang tiba di selatan negara itu. 
Pengarah Eksekutif agensi kerajaan itu yang bertanggungjawab terhadap penjagaan mereka yang baru tiba, Paslur Abdullah berkata, jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana ramai lagi yang pulang mungkin tidak mendaftarkan diri. 

“Mereka tiba dengan kapal kecil. Ada yang mendarat tanpa mendaftarkan diri dan disambut oleh anggota keluarga. Kami tidak boleh menahan mereka,” katanya.
Rakyat Filipina itu mula tiba awal Mac lalu selepas pertempuran meletus antara tentera Malaysia dengan pengganas Kiram.

Kira-kira 200 pengganas, sebahagiannya bersenjata menceroboh Sabah pada Februari lalu untuk menuntut wilayah Malaysia itu. 

Pencerobohan berkenaan dan langkah keselamatan yang diambil oleh Malaysia menyebabkan lebih 60 pengganas dan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh. 

Ia merenggangkan hubungan Kuala Lumpur dengan Manila. 

Presiden Benigno Aquino sebelum ini menyuarakan kebimbangan tindakan pengganas Kiram itu akan menjejaskan kehidupan 800,000 rakyat negara itu yang bekerja di Sabah. - AFP

SATU LAGI FAKTA SEJARAH SABAH



Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun.

Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government".

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah kepada Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Dan sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Yang berhak pula TIDAK menuntut, sebaliknya yang tiada berhak (Suluk) yang malar menuntut.

Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH HAK MUTLAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELUM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, Londan dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20.

SILA SHARE UNTUK PENGETAHUAN SEMUA! BETULKAN SEJARAH SABAH YANG SALAH DALAM BUKU TEKS!

13 HALAMAN SEMUA DALAM ALBUM INI (TEKAN 'NEXT' ATAU 'PREVIOUS'). DOWNLOAD DAN BACA SUPAYA DAPAT ENLARGE MANA YANG TAK TERANG
Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun.

Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government".

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah kepada Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Dan sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Yang berhak pula TIDAK menuntut, sebaliknya yang tiada berhak (Suluk) yang malar menuntut.

Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH HAK MUTLAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELUM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, London dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20.

SILA SHARE UNTUK PENGETAHUAN SEMUA! BETULKAN SEJARAH SABAH YANG SALAH DALAM BUKU TEKS!

13 HALAMAN SEMUA DALAM ALBUM INI (TEKAN 'NEXT' ATAU 'PREVIOUS'). DOWNLOAD DAN BACA SUPAYA DAPAT ENLARGE MANA YANG TAK TERANG.

Credit: Ann Tarimoh/Brunei OldBanknotes

Empat asas utama lahirkan umat bersifat mulia


Udang-undang dicipta untuk menjadikan kehidupan manusia sentiasa dalam keadaan tersusun dan sistematik. Diciptakan undang-undang jalan raya, pusat pengajian, perniagaan, hiburan, jabatan awam dan swasta adalah untuk mencorakkan sistem kehidupan yang stabil. 

Namun, segala undang-undang ini tidak memadai untuk mendidik tabiat manusia yang sering melanggar peraturan ditetapkan. Segala undang-undang dicipta tidak dapat mencapai matlamat secara menyeluruh kerana ia bersifat luaran semata-mata tanpa didikan dalaman.
Undang-undang ini hanya berperanan kepada masyarakat umum saja, manakala peranan individu penting untuk merealisasikannya. Kita mendapati kekuatan yang ada hanyalah hukuman dikenakan kepada pesalah berdasarkan sistem keadilan sedia ada. 


Bagi mereka yang bebas daripada kesalahan, tidak mendapat apa-apa ganjaran di dunia. Apa yang perlu adalah wujudnya kefahaman bahawa mereka tetap mendapat ganjaran di akhirat. 

Syekh Jamaluddin Al-Afghani berkata: “Tidak cukup untuk kita menghukum pesalah semata-mata kerana di sana masih ada yang rosak dalaman mereka sehingga sanggup menipu, melakukan maksiat, rasuah, pecah amanah, khianat, hasad dengki, penganiayaan dan banyak kerosakan di muka bumi ini. Terkadang ia tidak dapat dikesan dan mereka terselamat daripada hukuman.” 

Kebaikan zahir, jiwa 

Dr Abdullah Darraz dalam bukunya Addin menyebut: “Tiada kehidupan dalam masyarakat yang hanya menumpukan kebaikan pada zahir tanpa menghiraukan urusan jiwa yang tersembunyi.” 

Allah SWT berfirman: “Mereka hanya mengetahui perkara zahir nyata daripada kehidupan dunia dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu mengenai hari akhirat.” (Surah Ar-rum, ayat 7) 


Ini contoh mereka yang hanya memandang dari sudut duniawi semata-mata tanpa melihat ganjaran pahala yang disediakan Allah SWT. Sifat ini akan merugikan seseorang kerana habuan dunia hanyalah sementara. 

Imam Ghazali meletakkan empat asas utama sifat mulia di sisi Allah SWT iaitu kebijaksanaan yang dapat membezakan benar dan salah; keberanian menahan atau mengarahkan kemarahan dengan menggunakan akal; kebersihan jiwa bagi menahan keinginan syahwat dengan mendidiknya untuk tunduk kepada akal dan syarak serta keadilan iaitu kekuatan jiwa yang boleh mengatasi sifat marah dan keinginan syahwat lalu membimbingnya ke arah kebijaksanaan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang kasihkan dunia, maka dia membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia membahayakan dunianya. Justeru, ingatlah utamakan suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia).” (Riwayat Ahmad dan Hakim) 

Jika diperhatikan maksud kasih di sini ialah cenderung dan gemar terhadap dunia, bukanlah meninggalkan dunia secara keseluruhan kerana kita dituntut untuk mendapatkan kedua-duanya. 

Firman Allah SWT: “Katakanlah wahai Muhammad: Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.” (Surah Ghafir, ayat 39) 

Hati dan jiwa dalaman adalah pusat yang menggerakkan tubuh untuk melakukan kebaikan. Hati adalah perkara utama untuk memperbaiki akhlak manusia. Nabi SAW menganggapnya sebagai perkara utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota manusia. 

Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah yang menyucikan jiwa itu. Dan rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah As-Syams, 9-10) 

Realisasi matlamat 
Manusia bergerak melalui urusan dalaman jiwa berteraskan agama yang mana terletaknya kekuatan sebenar. Kekuatan ini akan mencetuskan disiplin kuat untuk melaksanakan undang-undang seterusnya merealisasikan matlamat diciptakan undang-undang itu. 

Undang-undang yang baik akan berkesan jika manusia bertindak mengikut landasan agama. 

Imam al-Ghazali berkata: “Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin.” 

Firman Allah SWT: “Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya) maka Allah SWT mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang mengotorinya.” (Surah asy-Syams, ayat 7-10)

Kampung Tanjung Batu musnah



Kampung Tanjung Batu musnah
Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.
Kampung Tanjung Batu musnah
Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini.
Kampung Tanjung Batu musnah
Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.
LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.

“Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

“Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

“Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

“Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan.  Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan),” katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

“Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini,” katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

“Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya,” katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

“Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

“Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

“Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti,” katanya.

Credit: ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

Friday, 22 March 2013

Irene, pelajar cemerlang SPM SMK Desa Kencana Felda Sahabat dapat 10A



Irene Sully Tawan
Pelajar cemerlang Irene Sully Tawan menunjukkan slip keputusan SPM kepada bapanya, Tawan Ismil setelah mendapat 10A ketika mengambil keputusan peperiksaan itu.- Foto Bernama
LAHAD DATU - Irene Scully Tawan, 17, pelajar Sek Men Keb Desa Kencana Felda Sahabat di sini memperoleh keputusan cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia dan terpaksa meraikannya ketika tinggal sementara di Masjid Rahman Kembara Sakti, di sini.

Dia bersama ibu bapa dan dua adik lelakinya meninggalkan rumah mereka semalam atas faktor keselamatan berikutan ancaman pengganas militan dari selatan Filipina dan tinggal sementara di masjid tersebut, 3km dari rumahnya.

Irene yang bercita-cita menjadi doktor hanya dapat mengambil keputusan SPM di sekolahnya pagi tadi dengan ditemani oleh ibu bapanya.

Menurut beliau, gurunya telah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu semalam tetapi beliau hanya dapat mengambilnya pagi tadi.

Mengenai rahsia kejayaannya itu, Irene ketika ditemui di masjid tersebut berkata sikapnya yang suka bersaing antara faktor utama mendorong kejayaannya.

Credit: Sinar/Bernama

MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN


Khutbah Jumaat: Mensyukuri nikmat keamanan
Peristiwa pencerobohan Lahad Datu jadi iktibar umat Islam bersatu pertahan kedaulatan negara, agama

Keamanan dan keselamatan negara berlandaskan konsep kedaulatan undang-undang. Oleh itu, apabila keamanan dan kedaulatan negara diganggu gugat, maka setiap inci tanah air ini perlulah dipertahankan mengikut undang-undang negara. 

Sedarlah, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu telah memberi satu pengajaran besar kepada kita semua khususnya umat Islam bahawa kedaulatan dan keamanan negara adalah satu perkara yang perlu dipertahankan kerana ia membabitkan maruah tanah air.
Allah SWT menjadikan nikmat ini sebagai medium untuk kita berfikir dan mengambil iktibar supaya meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Keamanan bererti kita bebas daripada segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian. 


Alhamdulillah, kita bersyukur suasana harmoni ketika ini dapat dikawal dengan sebaiknya walaupun ada sedikit api perpecahan yang dilakukan oleh tangan-tangan gatal. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan agama Islam terus dilindungi. 

Keamanan adalah asas utama menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Percayalah, kedaulatan agama Islam pasti tercalar jika keamanan negara tergugat dan mustahil untuk menegakkan syariat Islam jika negara kacau bilau dan huru hara. 

Ingatlah, pentingnya keamanan dalam kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah SWT supaya bumi Makkah dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Peristiwa ini berlaku ketika pembukaan kota Makkah sebagai pusat ibadah dan tanah suci. 

Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki daripada berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima), tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 126) 
Sejarah ketamadunan manusia menunjukkan bahawa nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. 

Harus diingat, suasana aman yang dinikmati ketika ini sebahagian besar datangnya daripada penat jerih usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia. Mereka berusaha menjalankan tugas diamanahkan penuh komited dan bertanggungjawab. 

Sejarah membuktikan institusi penting ini sudah wujud sejak zaman Khulafa’ ar-Rashidin. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar al-Khattab, beliau mewujudkan pasukan keselamatan bagi menjaga keamanan orang awam. 

Bahkan beliau sendiri turut serta menjalankan rondaan pada waktu malam melihat keadaan rakyatnya demi semata-mata untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terpelihara. 

Fungsi pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tidak dapat dinafikan, apabila ia menjadi tunjang berdasarkan prinsip maqassid syar’iah yang lima, iaitu memelihara agama, akal, keturunan, nyawa dan harta benda. 

Peranan mereka amat membantu umat Islam untuk mencapai kelima-lima matlamat itu. Sebagai masyarakat, kita seharusnya saling bekerjasama dalam membanteras kegiatan jenayah. Janganlah bersikap lepas tangan dan menyerah bulat-bulat kepada pasukan keselamatan menangani jenayah. 

Keadaan ini akan menyebabkan gejala jenayah terus berleluasa yang akhirnya merugikan kita sendiri. Amalkan sikap ‘cakna’ atau ambil peduli pada keadaan sekeliling kita. Justeru, kita mesti bersatu untuk membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan selamat sejahtera. 

Marilah bersatu mempertahankan negara, menyokong dan mempercayai segala usaha dilaksanakan anggota keselamatan demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Tanpa sokongan padu semua pihak, kesejahteraan dan kemakmuran negara tidak akan tercapai.

Manusia kufur lupa Tuhan ketika senang


Terlalu banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita sehingga kita sendiri tidak mampu dan takkan mampu menghitung segala nikmat pemberian-Nya. 

Firman Allah SWT: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18).
Islam mengajar kita bertahmid mengucapkan ‘Alhamdulillah’ bagi menyatakan rasa terima kasih dan syukur kepada Allah SWT untuk nikmat yang dikurniakan. Namun, sejauh manakah ucapan terima kasih dan syukur itu dizahirkan melalui tindakan dan perbuatan. 


Dalam ilmu tasauf, syukur didefinisikan sebagai ucapan, sikap dan perbuatan terima kasih kepada Allah SWT serta pengakuan tulus atas nikmat diberikan-Nya. Kufur nikmat adalah mengingkari Khaliq iaitu Allah SWT sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk yang dicipta-Nya. 

Orang yang tidak bersyukur akan berusaha menafikan segala pemberian diperoleh itu adalah daripada Allah SWT, seolah-olah nikmat yang mereka peroleh seratus peratus usaha sendiri, bukan atas bantuan Allah SWT. 

Allah SWT ada menggambarkan dua jenis golongan yang kufur nikmat dalam Surah Al-Fussilat. Golongan pertama adalah seorang yang selalu memohon kebaikan dalam doanya dan tanpa disedari, dia sudah pun memilikinya. 

Namun, tatkala Allah menarik kembali nikmat dan pemberian itu, dia terus berputus asa dan tidak lagi memohon kepada Allah SWT. 
Firman Allah SWT: “Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan, dia menjadi seorang yang sangat berputus asa lagi putus harapan.” (Surah Al-Fussilat, ayat 49) 

Lihat saja kehidupan kita sebagai manusia yang sering diuji dengan seribu satu macam jenis penyakit baik yang sudah berumur mahupun masih muda. Ada antara kita yang cepat berputus asa jika ditimpa penyakit yang kronik. Inilah salah satu jenis kufur nikmat yang perlu dielakkan. 

Allah SWT berfirman: “Dan apabila kami memberikan nikmat kepada manusia, lalu dia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila dia ditimpa malapetaka, maka dia banyak berdoa.” (Surah Al-Fussilat, ayat 51) 

Golongan yang kedua ini ialah mereka yang lupa pada agama dan lupa Tuhan ketika senang. Nikmat dan pemberian Allah SWT membuatkan mereka leka dengan dunia dan jauh daripada Allah SWT. Apabila kesenangan itu bukan lagi milik mereka, barulah kembali memohon bantuan Allah SWT. 

Sebagai hamba, kita seharusnya berusaha sedaya upaya untuk menjadi orang yang bersyukur, bukan hanya ketika senang, tetapi ketika dalam semua keadaan. Rasulullah SAW yang dikurniakan Allah SWT dengan sifat ‘maksum’ tetap berdoa supaya tergolong dalam golongan orang bersyukur. 

Diriwayatkan Nabi SAW melakukan qiamullail hingga bengkak kedua kakinya, maka ‘Aisyah bertanya kepada Nabi SAW: “Mengapa kamu melakukan ini wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosa engkau yang telah lalu dan yang akan datang? Maka Rasulullah SAW bersabda: Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” 

Syukur itu ada tiga, iaitu bersyukur dengan hati, lisan dan perbuatan. Bersyukur dengan hati berniat melakukan kebaikan. Bersyukur dengan lisan ialah mengucapkan syukur kepada-Nya. Manakala yang ketiga ialah melakukan ketaatan kepada Allah SWT. 

Firman Allah SWT: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyebut-nyebut (dan zahirkan) sebagai tanda bersyukur kepadaNya.” (Surah Al-Dhuha, ayat 11) 

Jangan hanya bersyukur pada lisan, tetapi kufur pada tindakan dan perbuatan. Semua nikmat yang Allah berikan hanyalah pinjaman saja. Ambillah pengajaran dari kisah Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam perut bumi kerana kufur nikmat kekayaan yang Allah SWT berikan. 

Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Credit: Sakinah Khiri

Thursday, 21 March 2013

WANITA PENGGANAS SULU DITAWAN



LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang manakala seorang pengganas wanita diberkas dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan.
"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 di sini semalam.
Menurut beliau, pengganas lelaki yang ditembak mati itu hanya bersenjatakan parang manakala wanita itu pula tiada senjata semasa ditangkap.

4 PENGGANAS SULU IKAT SURI RUMAH


Empat pengganas ikat       suri rumahMutia bersama dua anaknya Herwan Shah Herma (kiri) dan Herrunsyah menceritakan bagaimana jirannya ditawan empat pengganas di Kampung Kembara Sakti.
Lahad Datu: Seorang suri rumah ditawan empat pengganas lebih dua jam selepas rumahnya dipecah masuk di Kembara Sakti, FELDA Sahabat 43 di sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang tinggal bersendirian didatangi empat pengganas terbabit sebelum kedua-dua kaki dan tangan diikat. 


Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri ketika dua pengganas itu leka mencari makanan, manakala dua lagi bersembunyi atas siling. 


Pengganas minta makanan

Jiran mangsa, Mutia Mambalusah, 41, ketika ditemui di sini berkata, penduduk menyedari kehadiran kumpulan pengganas terbabit sebaik mangsa menjerit memberitahu supaya lari meninggalkan kampung kerana ada pengganas bersenjata.

“Terkejut dengan jeritan mangsa, saya segera lari meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang.

Wednesday, 20 March 2013

P6.2 JUTA (RM475,000) DIPERLUKAN JIKA 38 PENGIKUT KIRAM HENDAK DIJAMIN


BATU-BATU - Seramai 38 pengikut Kiram yang ditangkap pihak berkuasa Filipina  pada 13 Mac lalu perlu menyediakan wang jaminan P6.2 juta (RM475,000) jika mahu dibebaskan.
Mereka ditahan kerana memiliki senjata api secara haram dan mencetuskan konflik sehingga menjadi pencetus konflik di Sabah.
“Kami telah memfailkan usul untuk mengurangkan wang jaminan semalam tetapi ia masih belum selesai,” kata Ketua Pejabat Peguam (PAO), Persida Rueda-Acosta.

Acosta hanya mengikut permintaan Kesultanan Sulu membela nasib pengikut Kiram seramai 38 orang itu.

Beliau berkata, pihaknya cuba untuk meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin kepada P3,000 (RM230) bagi setiap tertuduh.

Pihaknya turut meminta mahkamah menjalankan siasatan awal supaya boleh mengemukan afidavit mereka.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata Kiram dan pengikutnya boleh dibicara di Filipina di bawah Kanun Keseksaan yang diguna pakai jika rakyat negara itu melakukan kesalahan jenayah di luar negara.