Saturday 12 January 2013

TIADA BAHAN LETUPAN DITEMUI



KL1122
Gelagat salah seorang peserta yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam. - Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI
KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di depan KLCC dan Lebuh Pasar dekat sini sempena Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan pembangkang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis hanya menemui kotak dan beg kosong di kawasan tersebut.

Beliau berkata, dua kawasan tersebut disahkan selamat dan pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut.

“Keadaan keselamatan terjamin dan kita mempunyai kekuatan yang mencukupi menghadapi perhimpunan ini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Tun HS Lee, semalam.

Beliau berkata, beberapa jalan ditutup iaitu Jalan Raja, Jalan Bulatan, Jalan Dato Onn, Dataran Merdeka, Jalan Pudu, Jalan Sultan, Jalan Ampang, Jalan Hang Tuah dan jalan sekitar stadium.

Katanya, kekuatan polis mencukupi malah ada lagi anggota polis yang bersedia menghadapi keadaan ini.

Suasana panik tercetus apabila sebuah kotak dan plastik yang berada pada sebuah basikal berdekatan lampu isyarat di Suria KLCC dan Lebuh Ampang berada dalam keadaan mencurigakan.

Credit: Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment