Friday 4 January 2013

Perkembangan Mengenai Nik Nur Madihah


Bismillah.
Patutlah sejak beberapa hari kebelakangan ini, kelihatan ramai orang google nama Nik Nur Madihah, rupa-rupanya ada yang salah sangka mengenai isu kontroversi Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri.  Lalu saya cuba menghubungi Nik Madihah melalui email setelah didapati akaun Facebooknya tidak aktif.  Begitu juga blognya.
Inilah maklumbalas dari Nik Nur Madihah sendiri,
“Khabarkan pada orang ramai, saya masih seperti dulu, insha Allah. Doakan saya sabat di jalan ini.” [sabat: tetap]
Sama-sama kita doakan agar ditetapkan keimanannya. Alhamdulillah, dia ok.
  
Buat masa sekarang, Nik Madihah masih belajar di Kolej Tuanku Jaafar.  Dijangka menamatkan pelajaran di situ pada bulai Mei atau Jun 2012.  Insya Allah akan menyambung pelajaran ke UK pada bulan September 2012.  Tolong doakan kejayaannya juga.
 
Untuk yang belum mengetahui, Nik Madihah belajar di Jordan selama kira-kira setahun dan mendapat keputusan yang baik untuk tempoh tersebut.  Pensyarahnya juga sayangkan Nik Madihah sebagai pelajarnya. 
 
 Namun dek kerana apa yang dicita-citakan di dalam bidang fizik kelihatan sukar dicapai jika diteruskan pengajiannya di Jordan, maka dengan pengorbanan yang bukan sedikit dari Nik Madihah sendiri  dan juga kedua ibubapanya, Nik Madihah membuat keputusan untuk berpindah universiti. 
 
Insya Allah berkat restu kedua ibubapa, pihak penaja dan solat istikharah, diharapkan Nik Madihah sentiasa dilindungi perjalanannya menuntut ilmu demi meraih reda Ilahi.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada  seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan melainkan malaikat akan mendoakannya pula, ‘Dan bagimu kebaikan yang sama’  ”.
Direkodkan oleh Imam Muslim dalam Bab  Zikir, Doa, Taubat dan Istighfar.
Moga maklumat di atas dapat menenangkan insan-insan yang mencari status terkini Nik Nur Madihah.
 
Sebelum mengundur diri, saya mahu kongsikan perkembangan Siti Fatimah Mukhtar, Pelajar Terbaik SPM 2006 di sini.  Alhamdulillah , sejuk hati melihatnya.  Masih dengan tudung labuhnya dan masih dengan rutin mengulang hafazan al-Quran.
Apa yang baik, ambillah ia.  Mana yang keruh, buanglah ia dan jadikan sempadan.
Ummu Abbas
11 Safar 1433H
7.45pm
Melbourne
Credit: sayangIslam.com

No comments:

Post a Comment