Google+ Followers

Monday, 14 January 2013

60,000 KORBAN PERANG SAUDARA


Perang di Syria: 60,000 penduduk terkorban

DAMSYIK 14 Jan. - Sekurang-kurang 13 orang wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara oleh pemberontak di bandar ini, semalam.


Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, beberapa buah rumah di bandar Moadamiyat al-Sham barat daya Damsyik musnah akibat serangan tersebut dan menyebabkan lapan kanak-kanak serta lima wanita terbunuh.



Badan pemerhati berkata, lebih daripada 3,500 kanak-kanak menjadi mangsa keadaan sepanjang 22 bulan konflik melanda di Syria.



Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula memberitahu jumlah keseluruhan yang terkorban adalah melebihi 60,000 orang.

Credit: AFP