Monday 10 December 2012

India haram pakai jeans di sekolah elak gangguan seksual



NEW DELHI: Sebuah kolej di India hari ini mengumumkan pengharaman pemakaian seluar jeans, kemeja-T dan pakaian singkat untuk pelajar perempuan, bagi mengelakkan gangguan seksual, sekali gus menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati di kalangan pelajar. 

Menurut Kolej Wanita Adarsh di negeri Haryana, kira-kira 110 kilometer di barat New Delhi, pelajar akan didenda 100 rupee setiap kali mereka melanggar kod etika berpakaian. 


"Kami mengenakan pengharaman keatas seluar jeans dan kemaja-T kerana
ia benar-benar kebaratan dan menjolok mata,” kata pengetua sekolah, Alaka Sharma. - AFP 

No comments:

Post a Comment