Google+ Followers

Monday, 10 December 2012

Hanya 6 IPTS dibenar tawar pengajian jarak jauh


KUALA LUMPUR — Hanya enam institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dibenar menawarkan program pengajian jarak jauh sehingga 31 Oktober lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPTS itu ialah Al-Madinah International University, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Terbuka Malaysia, Asia e University dan Internatonal Centre for Education in Islamic Finance.
Katanya, kurikulum kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh IPT hendaklah dibentuk supaya mencapai hasil yang dinyatakan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS termasuk dalam aspek kurikulum dan pengajian jarak jauh, kementerian sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke atas IPTS dari semasa ke semasa,” katanya menjawab soalan Datuk Dr. Johari Mat pada persidangan Dewan Negara hari ini.— BERNAMA