Monday 10 December 2012

Menziarahi Orang Sakit...



ISLAM sangat menuntut penganutnya supaya menziarahi orang sakit. Ia dapat memberi keinsafan kepada orang yang sihat datang melawat dan menggembirakan orang sakit apabila dapat bertemu mata, berbual dan mendapat kata semangat dari kawan yang datang. 

Orang berziarah boleh berdoa supaya pesakit cepat sembuh. Ketika berkunjung ke rumah orang sakit Rasulullah selalu berdoa, antaranya “Tidak apa-apa. 
Insya-Allah sihat kembali.” 

Di samping itu, orang yang menziarahi juga boleh meminta orang yang sakit berdoa kepada orang melawat. Doa orang sakit mudah dimakbulkan Allah. 

Sebab itu, amalan menziarahi orang sakit perlu digalakkan. Sekiranya  tidak berkesempatan melawatan semasa waktu bekerja, kita boleh merancang melawat sahabat yang sakit di waktu lain atau hari minggu. 

Setiap umat lslam perlu mencontohi Rasulullah yang sentiasa mencari masa melawat sahabat yang sakit. Waktu ziarah hendaklah pendek supaya tidak mengganggu pesakit.

No comments:

Post a Comment