Sunday 9 December 2012

Dua angkat sumpah ahli Dewan Negara



KUALA LUMPUR — Pengurus Risda Plantation Sdn Bhd cawangan Temerloh, Datuk Muhammad Olian Abdullah dan anggota Lembaga Pengarah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Dr. Lucas Umbul mengangkat sumpah sebagai senator hari ini.
Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Dr. Lucas, 52, yang juga naib presiden Persatuan Murut Sabah sejak 2003, dilantik sebagai senator buat kali pertama.
Muhammad Olian, 52, yang tamat tempoh khidmatnya sebagai ahli Dewan Negara selama satu penggal pada 8 Disember lepas, disambung semula tugasnya sepenggal lagi.
Beliau merupakan ahli seumur hidup UMNO Cawangan Kampung Bukit Rok, Bera, Pahang dan pernah menjadi setiausaha kehormat Badan Kebajikan Orang Asli Islam Malaysia dari 2008 hingga 2010. — BERNAMA
Credit: Kosmo

No comments:

Post a Comment