Sunday 9 December 2012

Jabatan Agama Johor Terus Pantau LGBT Walau Tiada Aduan


NUSAJAYA: Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.
"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri, di sini Isnin.
Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.
Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.

1 comment:

  1. Lesbian, gay, bisexual and Transgender isn't at all a way of life...it happen anywhere,anytime,any place... wise action on prevention is compulsory so that it is curbed..could say that this issue is as serious as the case of abandoning baby...when life isn't practiced accordingly as taught in Islam ...the issue will remain unsolved..

    ReplyDelete