Sunday 4 August 2013

Takbir bergema di tengah Crimea

Simferopol (Ukraine): Lebih 1,000 lelaki berjanggut dengan kain dililit di leher masing-masing berdiri di bawah terik matahari untuk mengibarkan bendera hitam putih sambil bertakbir.
Turut meramaikan perhimpunan itu sejumlah wanita berpurdah.
Disebabkan diadakan di Ukraine, pemandangan itu menarik perhatian ramai.
Mereka berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada parti Islam Hizb ut-Tahrir yang berjuang mahu mewujudkan semula sistem pemerintahan berasaskan khalifah Islam. Diharamkan di beberapa negara, parti itu kini menunjukkan kekuatan mengejutkan di republik autonomi Crimea, wilayah peranginan tepi pantai yang didiami golongan minoriti Islam Tartar.
Ketua Pejabat Penerangan Hizb ut-Tahrir Ukraine Fazyl Amzaev berkata cita-cita parti itu untuk memulihkan semula pemerintahan khalifah tidak diperjuangkan di Ukraine.
“Aktiviti kami di sini tidak bermakna akan berjuang untuk mengubah sempadan negara.
“Mencapai matlamat mewujudkan pemerintahan khalifah dapat wujud hanya di negara dengan populasi yang didominasi umat Islam,” katanya.
Di Ukraine, kata Fazyl , mereka terpanggil untuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai pemerintahan Islam daripada perspektif yang betul,” katanya. Golongan pertama Hizb ut-Tahrir muncul di Crimea pada awal 1990-an. Sebanyak 12 peratus atau 250,000 daripada hampir dua juta penduduk Crimea ialah kaum Tatar Islam aliran Sunni. - AFP

No comments:

Post a Comment