Saturday, 17 August 2013

PBB, OIC sepatutnya malu gagal tangani krisis Mesir - PM Turki



ISTANBUL: Turki hari ini mengecam reaksi antarabangsa dalam menganani krisis di Mesir dengan mendakwa pertubuhan dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya malu kerana gagal bertindak. 

“Saya ingin jelaskan, Majlis Keselamatan PBB tidak lagi berhak melihat diri mereka di cermin, ia amat memalukan kerna mereka gagal mengecam apa yang berlaku di Mesir," kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.


“Perkara sama berlaku terhadap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah," katanya. 

Erdogan sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi. 

“Sesiapa yang mendiam diri dalam pergolakan terbaru di Mesir menunjukkan mereka mengizinkan kekejaman dan pertelingkahan berdarah di negara itu," katanya. 

Mesir yang sudah memasuki hari keempat bergolak kini menyaksikan lebih 600 orang terbunuh apabila penunjuk perasaan dan polis bertempur. 

Kerajaan Mesir semalam mengesahkan 173 terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu. 
Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar mengenai Mesir Khamis lalu tetapi hanya mendesak agar kedua-dua pihak meleraikan konflik tanpa mencetuskan pertumpahan darah. - AFP 

No comments:

Post a Comment