Sunday, 4 August 2013

Pengusaha hotel mati ditembak


KOTA KINABALU - Seorang pengusaha hotel dan resort mati ditembak selepas melangkah keluar dari sebuah restoran mamak, Aminah Curry House di Beverly Hill, Penampang dekat sini semalam
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa, Tiong Choon Kwong, 44, berasal dari Kuching, Sarawak ditembak individu tidak dikenali sebanyak satu das yang mengenai rusuk kanannya.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum tembakan dilakukan mangsa dikatakan sedang berbual-bual melalui telefon bimbitnya serta sedang menuju ke tempat letak kereta berhadapan restoran mamak terbabit.
Katanya, mangsa ditembak menggunakan senjata Shortgun.
“Suspek yang menaiki kenderaan kancil atau viva berwarna putih melepaskan satu tembakan jarak dekat kepada mangsa.
“Tembakan itu tepat mengenai rusuk kanan mangsa sebelum disahkan mati pukul 12.15 tengah malam di Hospital Queen Elizabeth,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment