Monday, 5 August 2013

'Siapa Mursi sebenarnya!'


'Siapa Mursi sebenarnya!'

KAHERAH - MESIR .  “Demi ALLAH, saya bersumpah tidak akan meninggalkan dataran ini sehingga Mursi kembali atau mereka membunuh saya. Saya bukan ahli Ikwanul Muslimin tetapi saya datang ke sini bagi menyampaikan suara saya kepada dunia supaya mereka tahu siapa Mursi sebenarnya,” kata seorang penyokong tegar Presiden yang digulingkan Muhammed Mursi di Dataran An-Nahdhah, Giza, Kaherah, Mesir.

Hajjah Ilham Abdul Hadi, 65, berkata, beliau bersama jutaan penyokong yang lain sebulat suara menolak rampasan kuasa yang tercetus sejak 3 Julai lalu.

Bagi Hajah Ilham, jasa Mursi terhadapnya tidak ternilai apabila beliau pernah diselamatkan dari hidup gelandangan hingga berpeluang tinggal di sebuah rumah secara percuma.

“Pada kejadian tahun lalu, rumah kami di kawasan Buluq Dukrur runtuh. Kejadian itu turut mengorbankan suami dan anak saya. Mulai dari itu, saya hanya mampu berteduh di bawah jambatan dan tidur di tepi jalan,“ katanya.

Menurutnya, pada Disember tahun lalu, ketika sedang tidur di tepi jalan, dia didatangi tiga lelaki dan alangkah terkejutnya salah seorang daripada mereka adalah Mursi.

“Sukar untuk saya mempercayainya ketika itu. Presiden bertanya kepada saya, mengapa saya tidur di jalanan, selepas saya menceritakan nasib yang melanda saya melihat beliau bergenang,” katanya.

Hajjah Ilham berkata, keesokannya,dua wakil Mursi datang kepadanya dengan membawa surat perjanjian rumah sewa di bandar Al Nujum berserta sampul surat berisi wang EGP500 (RM230).

“Wakil Presiden turut berpesan kepada saya supaya tidak tidur lagi di tepi jalan dan sedia menambah jumlah wang tersebut sekiranya tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata, sejak tinggal di rumah sewa itu, setiap bulan wakil Mursi menyampaikan wang EGP500 (RM230) dengan resit pembayaran sewa yang telah dijelaskan.

“Kini segalanya berubah, selepas rampasan kuasa berlaku, saya dihalau dari rumah itu dan kini saya kembali hidup gelandangan bersama ratusan penduduk Mesir yang lain,” katanya dipetik dari Ikhwan Online.

No comments:

Post a Comment