Tuesday 6 August 2013

‘Kesalahan kamu amat besar’

Kota Kinabalu: “Tertuduh bukan anggota masyarakat biasa, tetapi anggota Cawangan Khas di Lahad Datu dan menerima maklumat ketika dalam tugas. Sehubungan itu, kesalahan dilakukannya amat besar.”
Demikian kata Hakim Mahkamah Tinggi, di sini, P Ravinthran ketika menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun terhadap Koperal Hassan Ali Basari, semalam selepas didapati bersalah menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan di Lahad Datu.
Ravinthran memerintahkan Hassan, 61, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditahan pada 2 Mac lalu selepas berpuas hati dengan hujah pendakwaan tertuduh gagal melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis kerana tidak memaklumkan maklumat kepada pegawai atasan.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata, walaupun mempunyai rekod perkhidmatan panjang iaitu 38 tahun, namun ia tidak diambil kira dalam meringankan hukuman tertuduh kerana kesalahan itu membabitkan kepentingan umum yang memberi kesan besar kepada keselamatan negara.
Foto
ANGGOTA polis mengiringi Hassan di pekarangan mahkamah, semalam.

“Tertuduh berada dalam kategori berbeza dengan orang lain. Tertuduh terikat dengan undang-undang dan atas sebab itu, terlalu sedikit yang boleh diambil kira terhadap tempoh perkhidmatannya.

No comments:

Post a Comment