Sunday 11 August 2013

Isteri maut kereta dipandu suami jatuh gaung

RANAU - Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu suaminya terjunam ke dalam gaung dalam nahas di Jalan Kampung Sarapong, Ranau semalam.
   
Ketua Polis Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa Halisah Raibin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
   
Bagaimanapun, suami mangsa Yasik Atim, 40, dan enam anaknya (dua lelaki dan empat perempuan) yang berumur antara enam dan 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
   
Katanya Yasik yang memandu kenderaan jip jenis Suzuki sedang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kampung Mohimboyon, dekat sini.
   
"Pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter," katanya sambil menambah kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.
   
Abdul Rahman berkata spesimen darah pemandu telah diambil untuk dianalisa. - Bernama

No comments:

Post a Comment