Friday 9 August 2013

Perompak baik hati, curi sikit saja

Tabuk: Seorang pengurus sebuah syarikat di Arab Saudi terkejut apabila mendapati seorang perompak hanya melarikan wang berjumlah SR28,000 daripada beg berisi wang tunai sebanyak SR2 juta (RM1.66 juta).
Apabila kembali ke keretanya yang diletakkan di depan sebuah pusat membeli-belah, pengurus berkenaan mendapati cermin kenderaannya itu dipecah dan beg berisi wang tunai itu terbuka. 

Dia terkejut apabila mendapati perompak itu hanya melarikan wang SR28,000 (RM23,520) dan meninggalkan baki wang itu dalam beg berkenaan. 

“Meskipun kecewa, pengurus itu tetap gembira kerana sebahagian besar wangnya terselamat,” lapor akhbar Okaz.

No comments:

Post a Comment