Thursday, 22 August 2013

Siapa dalangi perang saudara Syria?

Siapa dalangi perang saudara Syria?


DAMSYIK - Serangan gas beracun di pinggir Damsyik bukan perkara baru sejak pergolakan perang saudara mencecah lebih 22 bulan.

Namun, serangan kelmarin, paling dahsyat selepas lebih 1,300 maut di Ain Tarma, Zamalka dan Jobar dalam tempoh satu malam.

Presiden rejim Basyar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling tuduh menuduh dan banyak negara dunia pula menjadi ‘batu api’ dalam tuduhan itu.

Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menyiasat serangan itu yang disahkan berlaku di timur Gutah iaitu kawasan puak Sunni yang dikuasai FSA.

Jurucakap Majlis Keselamatan PBB, berkata, bagaimanapun, dakwaan serangan itu masih belum disahkan.

Di sebalik konflik itu, Amerika Syarikat (AS) dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat.

Pegawai tertinggi tentera AS, Jeneral Martin Dempsey sejak awal lagi memberi ‘ugutan palsu’ kepada tentera rejim yang mereka tidak teragak-agak untuk memusnahkan tentera udara Syria namun sehingga kini, masih tiada sebarang  tindakan atau serangan dilakukan.

Namun, mengapa AS berminat untuk ‘membantu’ FSA? Adalah mereka mahu menjajah Syria sama seperti di Libya ketika usaha penggulingan pemimpin kuku besi Muammar Gaddafi di mana ketika penentangan rejim, AS menghantar tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang kononnya untuk ‘membantu’ rakyat Libya namun sehingga kini, Nato terus kekal di Libya.

Ironinya, Syria adalah pintu terakhir Israel dan jika Syria dan Mesir jatuh ke tangan pemimpin Islam, Israel dikatakan akan 'hancur' kerana Syria bersempadan dengan Israel dan apa yang ditakuti AS adalah kebangkitan Islam di Timur Tengah.

Rejim Bashar yang kebanyakan dari puak Syiah pula disifatkan Israel Friendly dan FSA adalah dari puak Sunni yang sedia maklum musuh utama Zionis sekutu AS.

Jika puak Sunni mengusai Syria dan bergabung dengan rakyat Mesir yang majoritinya Sunni, maka Israel boleh berkubur sekali gus merencatkan usaha AS untuk menguasai negara di Timur Tengah.



Credit: LIZA HASAN

No comments:

Post a Comment