Friday, 16 August 2013

Ditolak jadi ahli majlis kerana cantik


TEHERAN 16 Ogos - Seorang wanita di sini dinafikan kedudukannya sebagai ahli majlis perbandaran, biarpun meraih antara undian tertinggi dalam pemilihan tersebut baru-baru ini kerana didakwa terlalu cantik untuk jawatan itu.

Nina Siahkali Moradi memenangi pemilihan tersebut pada kedudukan ke-14 daripada 163 jumlah calon yang bertanding di bandar Qazvin dengan meraih 10,000 undian.

Bagaimanapun, wanita berusia 27 tahun itu tidak diberi tempat yang sepatutnya apabila Majlis Perbandaran Qazvin menyifatkan dia cantik seperti model.

Nina mengetahui perkara tersebut seminggu selepas pemilihan ahli majlis berlangsung pada 14 Jun lalu.

Menurut Kempen Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia Iran, pembatalan Nina dalam majlis perbandaran dibuat ekoran dianggap 'tidak mematuhi ajaran Islam' dengan poster kempennya mencetuskan kritikan terutamanya daripada golongan konservatif.

Pihak penentang pula menyifatkan Nina memenangi pemilihan tersebut kerana dia masih muda dan menawan.

Dalam poster kempennya, Nina mengenakan pakaian yang mengikut etika termasuk memakai tudung yang hanya menampakkan wajahnya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment