Monday 19 August 2013

10 dilaporkan maut dirempuh kereta api di India


File picture of train mishap in India.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 10 orang yang sedang melintas landasan kereta api di sini dilaporkan maut apabila dirempuh pengangkutan tersebut hari ini, lapor sumber media di India.
Insiden itu telah mencetuskan protes daripada kumpulan penumpang yang bertindak membelasah pemandu kereta api itu hingga tidak sedarkan diri manakala sebuah gerabak dibakar.
Terdapat laporan lain yang menyiarkan jumlah kematian sejumlah 22 orang, manakala ramai lagi cedera.
Jurucakap pihak pengurusan jaringan kereta api, Anil Saxena, memberitahu bahawa beberapa orang yang mati dilanggar itu merupakan penganut Hindu yang berganti kereta api dari stesen Dhamara, 180km di timur Patna iaitu ibu negeri Bihar.
"Para penumpang itu baru saja keluar dari kereta api dan turun ke landasan. Ketika itulah mereka dirempuh," ujar ujar pengerusi Lembaga Kereta Api, Arunedndra Kumar dalam sebuah sidang akhbar di New Delhi.
Kira-kira 40 orang dilaporkan maut setiap hari di India. Kebanyakan mangsa merupakan orang gelandangan yang menjadikan landasan sebagai tandas terbuka. Terdapat juga mangsa yang maut akibat terjatuh daripada gerabak yang terlalu sesak. - Reuters

No comments:

Post a Comment