Friday 7 December 2012

Persahabatan diantara kita


Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menguatkan persaudaraan keislaman kita jika persahabatan diantara kita masih goyah.

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menaikkan syiar islam diseluruh dunia jika keikhlasan tiada didalam persahabatan.

Wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu didalam melemahkan musuh-musuh islam jika tiada persefahaman dan tolak ansur didalam persahabatan kita.

Wahai saudara-saudaraku, ikatlah persahabatan diantara kita dengan keimanan kerana ALLAH, maka dari situ terbitlah bibit-bibit kemanisan didalam persahabatan dan kekuatan Ummah.

Ramai yang mengomel mengatakan di zaman yang serba moden ini, tiada manusia yang ikhlas lagi dalam bersahabat, ramai yang menikam dari belakang...

Wahai saudara-saudaraku, bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud..."ketahuilah..sesiapa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang itu dengan sesuatu keburukan, maka keburukan itu kembali kepadanya...."

Sedarilah wahai sesiapa yang yang ragu-ragu dalam bersahabat....
jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu..
jika kita ingin disayangi, maka sayangilah orang lain terlebih dahulu...
jika kita ingin dipercayai, maka percayailah orang lain terlebih dahulu...
begitulah juga jika kita tidak mahu di khianati, maka jangan lah kita khianati orang..
jika kita tidak mahu diherdik maka janganlah kita mengherdik orang...

ALLAH menjadikan dunia ini sempurna dan adil....keseimbangan terdapat didalam segala sesuatu..berfikirlah wahai saudara-saudaraku...PERSAHABATAN YANG BAIK itu dimulai dengan DIRI sendiri dahulu di sertakan bersama KEIMANAN yang diniatkan kerana ALLAH,

Ingatlah...PERSAHABATAN ANTARA SAUDARA SEISLAM adalah ranting-ranting pokok kepada perpaduan UMMAH.....

Ya ALLAH....satukanlah hati-hati kami didalam bersahabat keranaMU ya ALLAH....
Ya ALLAH....jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH...
Ya ALLAH...jadikalah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH...
Ya ALLAh...jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakr....
AMIN~amin~~ya RABB~~perkenankanlah~ 

 


No comments:

Post a Comment