Google+ Followers

Friday, 7 December 2012

Ahli Syurga Orang Yang Baik Akhlaknya...



Setiap orang yang inginkan syurga Allah, hendaklah dia menjaga tingkah lakunya. Sebagaimana maksud sabda junjungan Rasulullah SAW.

"Penyebab utama masuknya manusia ke syurga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya" (Riwayat At Timidzi dan Ibnu Majah).

Bahkan merekaya yang berkahlak mulia juga akan hampir dengan Rasulullah SAW diakhirat kelak sebagaimana sabda baginda yang bermasud.



"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku dikalangan kamu ialah orang yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manafaat kepada manusia". (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi).



Oleh yang demikian sahabatku sekalian, marilah sebarkan kasih sayang sesama ummah, sesama makhluk Allah tanpa mengira manusia atau haiwan, agama, bangsa dan warna kulit mereka.



Salam kasih sayang.....