Google+ Followers

Friday, 7 December 2012

Kuih Jelurut...




Teringat kampung halaman. Teringat juga saudara mara dan adik beradik di Sabah yang telah lama tak bersua. 

Tapi hari ini nak cerita tentang makanan tradisi yang popular di Sabah. Mungkin juga dilain-lain tempat di kepulauan Borneo termasuk Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

Namanya kuih Jelurut.

 

Kuih jelurut ini diperbuat dari tepung beras campur santan dan daun pandan. Cara memasaknya dengan cara dikukus.

 

Kuih ini boleh didapati dengan mudah di Tamu Besar Sipitang, Beaufort dan Pasar Gaya, Kota Kinabalu.

 

Kuih jaluut (jelurut) ini merupakan kuih tradisi yang masih boleh didapati sehingga sekarang.

 
Kuih jelurut ini rasanya manis buah dan berbau pandan yang sangat harum.



Sangat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang. Jika ke Sabah, Sarawak atau Brunei cubalah dapatkan kuih jelurut dan nikmatilah keenakan rasanya yang tersendiri....