Sunday 9 December 2012

Imam Abu Daud

Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muhammad (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Latar Belakang.

Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Iran) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke IraqMesirSyriaArab SaudiKhurasanNisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. 

Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50,000 Hadis. 

Daripada jumlah itu, sebanyak 4,800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut kepentingannya. 

Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. 

Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.


Guru


Sebagai seorang perawi Hadis, Imam Abu Daud berguru dengan ramai ulama untuk mendapatkan sesebuah Hadis. Antara guru-gurunya adalah:
  1. Imam Ahmad,
  2. Al-Qanabiy,
  3. Sulaiman bin Harb,
  4. Abu Amr adh-Dhariri,
  5. Abu Walid ath-Thayalisi,
  6. Abu Zakariya Yahya bin Ma'in,
  7. Abu Khaithamah,
  8. Zuhair bin Harb,
  9. ad-Darimi,
  10. Abu Uthman Sa'id bin Manshur,
  11. Ibn Abi Syaibah dan lain-lain.


Murid

Demikian juga murid beliau cukup banyak, antaranya:
  1. Imam at-Tirmidzi
  2. Imam Nasa'i
  3. Abu Ubaid Al Ajury
  4. Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (perawi Sunan Abi Daud dari beliau).
  5. Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab Sunan dari beliau).
  6. Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal Al Faqih.
  7. Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  8. Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
  9. Zakariya bin Yahya As Saajy.
  10. Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  11. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  12. Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  13. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  14. Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  15. Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).


Karya.

Dia mengarang sekitar 21 buah kitab keseluruhannya. Sebahagian yang paling menonjol adalah:
  • Sunan Abu Daud, mengandungi sekitar 4,800 hadith, merupakan karya agungnya. Ia biasanya diberi nombor menurut edisi Muhammad Muhyi al- Din `Abd al-Hamid (Cairo: Matba`at Mustafa Muhammad, 1354/1935), di mana 5,274 dibezakan. Sesetengah hadithnya tidak sahih, tetapi dia mendakwa bahawa kesemua hadith disenaraikan adalah sahih kecuali disebut dengan jelas sebaliknya; ini menjadi pertikaian dikalangan sarjana Islam, kerana sesetengah, seperti Ibn Hajar al-Asqalani percaya bahawa sesetengah yang tidak bertanda juga merupakan Hadith da'if.
  • Dalam karnyanya yang lain, Kitab al-Marasil, dia menyenaraikan 600 Hadith mursal yang, selepas penyelidikan menyelurun, dia memutuskan juga adalah Hadith sahih.
  • Risālah Abī Dāwūd ilā Ahli Makkah; suratnya kepada penduduk Mekah menggambarkan karyanya, Sunan Abu Dawood.

Darjat Hadisnya
Imam Abu Daud telah mengatakan : (Aku menyebutkan di dalam kitab sunan ini hadis sohih dan yang seumpamanya. Jika ada kesulitan dalam hadis maka aku akan menerangkannya. Sedangkan hadis yang tidak aku sebutkan apa-apa padanya maka ia adalah Solih - hadis yang dekat darjatnya dengan hasan -, sebahagiannya lebih sohih daripada yang lainnya). Persoalan - Adakah hadis yang tidak disebutkan apa-apa padanya oleh Imam Abu Daud itu martabatnya sohih atau hasan?

Jawapan - Imam Ibnu Solah dan Imam An-Nawawi serta selain daripada mereka berdua mengatakan bahawa hadis itu kategorinya hasan selagi mana tiada ulama' yang membezakannya samada dalam kategori hasan atau sohih. Para ulama' telah meneliti Sunan Abi Daud dan mendapati hadis yang tidak disebutkan darjatnya ini berbeza kedudukannya. Ada yang sohih yang terdapat dalam Sohih Al-Bukhari dan Sohih Muslim, ada pula sohih yang tidak terdapat dalam kitab keduanya. Begitu juga terdapat hadis yang hasan, selain dhoif yang boleh dijadikan sebagai i'tibar bukannya kategori dhoif yang bersangatan.

Oleh itu, maksud Imam Abu Daud dalam menafsirkan maksud "Solih" itu merangkumi hadis sohih, hasan, dan dhoif yang tidak bersangatan dan sesuai dijadikan sebagai i'tibar.

Syarah Sunan Abi Daud
1. Ma'alim As-Sunan karangan Abu Sulaiman Hamd bin Muhammad bin Ibrahim Al-Khattabi (wafat 388H)
2. Mirqat As-Shu'ud ila Sunan Abi Daud karangan Hafiz Jalaluddin As-Suyuthi (wafat 911H)
3. 'Aun Al-Ma'bud fi syarh Sunan Abi Daud karangan Muhammad Syamsul Haq 'Azhim Aabadi
4. Ghayat Al-Maqsud fi halli Sunan Abi Daud karangan Muhammad Syamsul Haq 'Azhim Aabadi

Kitab lain karangan beliau 
1. Ad-dua'
2. An-Nasikh Wal Mansukh
3. Dalail An-Nubuwwah
4. Az-Zuhd

Sifat wara' beliau

Imam Abu Daud terkenal dengan pengembaraannya ke banyak negara antaranya Baghdad dan Basrah. Beliau meriwayatkan kisah kedatangan beliau ke Basrah : Satu hari seorang lelaki datang mengetuk pintu rumahnya, dan dibuka oleh khadam beliau. 
Ternyata yang datang pada waktu itu ialah Abu Ahmad Al-Muwaffaq pemerintah khilafah Abbasiah, dan kemudiannya meminta izin masuk. 

Setelah diizinkan masuk dan disambut oleh Imam Abu Daud, beliau bertanya : "Mengapa kamu datang pada waktu ini?" Baginda kemudian menjawab, "Kerana 3 sebab ; Pertama - ingin memohon kepadamu supaya berpindah ke Basrah dan menetap di sana, agar para penuntut ilmu akan datang memenuhi buminya setelah ia suram dan tidak dikunjungi ramai manusia. Kedua - Ingin memohon agar engkau meriwayatkan hadis kepada anak-anakku. Ketiga - Ingin memohon kepada engkau agar menyediakan tempat kosong khusus bagi mereka kerana anak khalifah tidak duduk bersama rakyat biasa." Imam Abu Daud kemudian berkata, "Adapun yang ketiga tidak akan kuperkenankan kerana manusia itu adalah sama dalam menuntut ilmu tidak kira mulia atau hinanya dia." Setelah jawapan itu, anak khalifah tersebut hadir dan duduk bersama rakyat biasa.

Penyusunan Sunan Abu Dawud

Imam Abu Daud menyusun kitabnya di Baghdad. Kecenderungan beliau tertumpu kepada syariat, jadi hadis-hadisnya memfokuskan pada hadis tentang syariat. 

Setiap hadis dalam tingkatannya diperiksa kesesuaiannya dengan Al-Qur'an, begitu pula sanadnya. Dia pernah memperlihatkan kitab tersebut kepada Imam Ahmad untuk meminta pendapat untuk tujuan pembaikan. 

Banyak ulama yang meriwayatkan hadis dari beliau, di antaranya Imam Tirmidzi dan Imam Nasa'i. Imam Al Khatoby mengatakan bahawa kitab tersebut adalah sebaik-baik tulisan dan isinya lebih banyak memuatkan perbahasan fiqh daripada kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim. 

Imam Ibnul A'raby berkata, "Barangsiapa yang sudah menguasai Al-Qur'an dan kitab "Sunan Abu Dawud", maka dia tidak memerlukan kitab-kitab lain lagi. Imam Al-Ghazali juga mengatakan bahawa kitab "Sunan Abu Dawud" sudah cukup bagi seorang mujtahid untuk dijadikan sumber landasan hukum.

Beliau adalah salah seorang imam dari imam-imam Ahlussunnah wal Jamaah yang hidup di Basrah; kota berkembangnya kelompok Qadariyah, demikian juga pemikiran Khawarij, Mu'tazilah, Murji'ah dan Syi'ah Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya. 

Walaupun demikian beliau tetap istiqamah terhadap As-Sunnah sehingga beliau pernah membidas golongan Qadariyah dengan kitabnya Al Qadar, demikian juga golongan Khawarij dalam kitabnya Akhbar Al Khawarij, dan terhadap pemahaman yang menyimpang dari kemurnian ajaran Islam yang telah disampaikan olah Rasulullah. Hal ini dapat dilihat di dalam kitabnya As Sunan yang memuatkan bantahan-bantahan beliau terhadap Jahmiyah, Murji'ah dan Mu'tazilah.

Beliau meninggal dunia di kota Basrah tanggal 16 Syawal 275 H dan disolatkan janazahnya oleh Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.


Diolah dan disunting dari laman wikipedia (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, dan Bahasa Indonesia).

No comments:

Post a Comment