Thursday 6 December 2012

DOSA PENGHALANG MAKBUL DOA


Solat Taubat

Solat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah dan memohon kepada Allah dengan seikhlas hati dan penuh tawaduk dan rendah diri, insya-Allah taubat kita akan diterima.

Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadanya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan.

Amat penting untuk kita solat taubat memohon ampun kepada Allah kerana, musibah yang menimpa kita adalah sebagai kafarah dosa kita terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada Allah dan segeralah melakukannya. 

Firman Allah;
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.."
(An Nasr, 3).

Maka, segeralah bertaubat, ingatlah, dosa-dosa kita ialah penghalang kepada doa-doa kita.

Dengan melakukan amalan ini, di samping mendapat keampunan Allah, dengan izin Allah doa kita akan dimakbulkan, serta Allah akan mendengar rintihan kita agar segala macam penyakit kita disembuhkan insya-Allah.

Amat penting untuk kita sedari bahawa penyakit datang daripada Allah dan penawar juga di sisi Allah, pintalah keampunani-Nya dan sujudlah!


1 comment: